comscore
Tumpuan :
Sukan

Pearly-Thinaah lepasi halangan pertama di Terbuka Denmark

Aksi Pearly Tan-M Thinaah menentang gandingan India, Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela di Terbuka Denmark, hari ini.

KUALA LUMPUR: Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah mara ke pusingan kedua kejohanan badminton Terbuka Denmark 2024 selepas menyingkirkan gandingan India, Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela, hari ini.

Bagaimanapun gandingan negara itu bermula goyah pada set pertama apabila tewas 19-21, sebelum bangkit memenangi set kedua 21-17 sekali gus mengheret lawan ke set penentuan.

Perlawanan penentuan itu lebih mencemaskan apabila kedua-dua pasangan saling kejar-mengejar mata sebelum pasangan negara di ranking ketujuh dunia itu mengesahkan kemenangan 21-15.

Kejayaan itu menyaksikan Pearly-Thinaah dijadual berdepan pemenang di antara Lee Yu Lim-Shin Seung Chan dari Korea Selatan atau Julie Macpherson-Ciara Torrance dari Scotland.

Untuk rekod, pasangan itu sebelum ini muncul naib juara Terbuka Artik selepas tumbang di pentas final kepada gandingan China, Liu Sheng Shu-Tan Ning 12-21, 17-21 di Vantaan Energia Areena pada Ahad.

Sebelum itu, Pearly-Thinaah muncul juara Terbuka Hong Kong, pertengahan bulan lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini