comscore
Tumpuan :
Sukan

Pearly-Thinaah kumpul wang kemenangan RM234,234 kurang sebulan

Pearly-Thinaah bersama jurulatih, Hoon Thien How (tengah) meraikan kejayaan menjuarai Terbuka Hong Kong, semalam. – FOTO: NSTP/ Ihsan Hoon Thien Ho

KUALA LUMPUR: Dalam tempoh kurang sebulan, beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah sudah mengumpul hadiah wang kemenangan keseluruhan berjumlah RM234,234.

Habuan lumayan itu diperoleh menerusi pencapaian mereka dalam tiga kejohanan yang disertai bermula Terbuka Jepun dari 20 hingga 25 Ogos diikuti Terbuka Korea (27 Ogos hingga 1 September) dan Terbuka Hong Kong (10 hingga 15 September).

Di Terbuka Jepun, Pearly-Thinaah yang terkandas di suku akhir meraih hadiah wang kemenangan sebanyak AS$5,312.50 (RM22,852).

Pasangan nombor lapan dunia itu kemudiannya menerima ganjaran sebanyak AS$15,960 (RM68,654) selepas muncul naib juara Terbuka Korea.

Kelmarin, Pearly-Thinaah terus menambah pendapatan mereka apabila membawa pulang hadiah wang kemenangan sebanyak AS$33,180 (RM142,728) susulan kejayaan muncul juara Terbuka Hong Kong.

Kedua-dua pasangan itu berpeluang untuk meraih ganjaran lebih lumayan apabila dijadual beraksi di Terbuka China yang bermula, esok.

Kejohanan bertaraf Super 1000 itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah AS$2 juta (RM8.6 juta) dengan juara bagi acara beregu akan membawa pulang AS$148,000 (RM636,677).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini