Tumpuan :
Sukan

Pearly/ Thinaah kecewa, Tang Jie/ Ee Wei juga kandas

Kekecewaan Pearly/ Thinaah selepas tewas di tangan China pada suku akhir Kejuaraan Dunia di Copenhagen. – Foto: Badminton Photo

COPENHAGEN: Cubaan beregu wanita, Pearly Tan/ M. Thinaah meneruskan langkahan mantap di Kejuaraan Dunia berkecai di pusingan suku akhir.

Cabaran mereka terhenti apabila tumpas kepada Zhang Shu Xian/ Zheng Yu dari China dalam aksi selama 76 minit.

Pearly/ Thinaah pada mulanya meraih keyakinan awal menerusi kemenangan 21-17 di permainan pembukaan.

Lawan yang merupakan ranking keenam dunia bagaimanapun berjaya bangkit memintas menuju penghujung set kedua, seterusnya mencatat 21-17 untuk mengheret ke aksi penentuan.

Beregu negara yang diletakkan sebagai pilihan ke-10, memberikan segala-galanya di rubbet set, namun pertarungan getir itu berkesudahan 21-19 kepada Shu Xian/ Yu sekaligus merampas tiket ke fasa separuh akhir esok.

Tang Jie/ Ee Wei tidak mampu menandingi kehandalan Watanabe/ Higashino dalam perebutan ke separuh akhir Kejuaraan Dunia.

Turut menelan kepahitan ialah beregu campuran, Chen Tang Jie/ Toh Ee Wei yang mengucapkan selamat tinggal di fasa lapan terbaik sewaktu gandingan pertama mereka.

Lawan dari Jepun, Yuta Watanabe/ Arisa Higashino ternyata bukan lawan yang mudah menyebabkan tumpas straight set.

Tang Jie/ Ee Wei yang diletakkan selaku pilihan ke-14 kecundang 11-21, 11-21 dalam tempoh 28 minit kepada beregu nombor dua dunia itu.

Loading...
Terkini