comscore
Tumpuan :
Sukan

Pearly-Thinaah juarai Terbuka Hong Kong 2024

Foto fail Reuters

KUALA LUMPUR: Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah hanya memerlukan 38 minit sebelum mengesahkan gelaran Terbuka Hong Kong 2024 di Hong Kong Coliseum, Kowloon, hari ini.

Ia merupakan kejuaraan pertama gandingan negara pada musim ini, selepas mengecewakan pasangan di ranking ketiga dunia Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China 21-14, 21-14.

Pada aksi final, Pearly-Thinaah yang menghuni ranking kelapan dunia turun dengan corak permainan lebih agresif hingga lawan mereka nampak buntu dan melakukan banyak kesilapan mudah.

Kejayaan ini sekali gus menamatkan kemarau kemenangan pasangan negara di Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang kali terakhir diperoleh dua tahun lepas.

Untuk rekod, kali terakhir Pearly-Thinaah meraih gelaran juara ialah pada Terbuka Perancis 2022. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini