comscore
Tumpuan :
Sukan

Pearly-Thinaah dipaksa bekerja keras sebelum ke suku akhir

Foto fail BAM

KUALA LUMPUR: Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah mengakui terjerat dengan corak permainan ‘berbeza’ gandingan Jepun, Arisa Igarashi-Ayako Sakuramoto sebelum bangkit mengesahkan kemaraan ke suku akhir Masters China di Shenzhen, hari ini.

Diletakkan pilihan kelima kejohanan, Pearly Tan-M Thinaah berdepan cemas apabila dipaksa pasangan yang baru digandingkan itu untuk mengharungi aksi tiga set sebelum mencatat kemenangan 21-18, 18-21, 21-13 dalam tempoh 53 minit.

“Agak gembira dengan apa yang diperoleh hari ini tetapi pada set set kedua kami terperangkap dengan permainan mereka kerana sekalipun kami mendahului, tetapi selepas lawan mengambil mata secara berturut-turut, kami mula kehilangan sedikit tumpuan,” kata Thinaah kepada BWF.

“Tetapi pada set ketiga kami kembali mengingatkan kembali antara satu sama lain untuk fokus pada setiap mata dan ia membuahkan hasil.”

Pasangan yang mengisi ranking enam dunia dan tewas di pusingan pertama Kumamoto Masters di Jepun, minggu lalu berkata corak permainan Igarashi-Sakuramoto tidak seperti pasangan tipikal Jepun.

Tugas sukar pasti menanti pasangan yang sudah melayakkkan diri ke Jelajah Dunia Akhir BWF itu apabila dijadual bertemu pilihan kedua dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning yang juga beregu nombor satu dunia dalam perebutan tempat ke separuh akhir.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini