comscore
Tumpuan :
Sukan

Pearly Tan-M Thinaah terkandas di suku akhir Terbuka Denmark

Pearly Tan-M Thinaah tewas di peringkat suku akhir Terbuka Denmark. FOTO: BAM

KUALA LUMPUR: Cabaran Malaysia pada kejohanan badminton Terbuka Denmark 2024 berakhir selepas wakil terakhir negara, Pearly Tan-M Thinaah tewas di peringkat suku akhir.

Beregu wanita utama negara itu terpaksa akur kepada gandingan Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dari Jepun 20-22, 19-21 dalam aksi yang berlangsung hampir satu jam.

Untuk rekod ini merupakan kekalahan kedua Pearly-Thinaah kepada gandingan Jepun itu dalam enam pertemuan sebelumnya.

Pasangan Jepun itu akan berdepan pilihan kedua Korea Selatan Baek Ha Na-Lee So He di separuh akhir.

Terdahulu, beregu lelaki negara yang juga juara bertahan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terkandas di pusingan suku akhir selepas tewas kepada wakil China, Chen Bo Yang-Liu Yi 20-22, 15-21.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini