Tumpuan :
Sukan

Pearly dan Thinaah ke separuh akhir

FOTO : NSTP

KUALA LUMPUR : Pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah sekali lagi terpaksa bekerja keras sebelum meneruskan cabaran negara ke separuh akhir.

Pada aksi suku akhir sebentar tadi, Pearly dan Thinaah menundukkan satu lagi pasangan Jepun, kali ini dengan keputusan up set ke atas pilihan ke-4, Yuki Fukushima dan Sayaka Hirota.

Tewas 13-21 pada set pertama dalam tempoh 26 minit, nyata tidak menjejaskan tumpuan Pearly dan Thinaah, selaku pilihan ke-6 kejohanan.

Mereka bangkit mengheret perlawanan ke set penentuan apabila menamatkan set kedua 21-19.

Set penentuan nyata lebih mendebarkan, begitupun pasangan negara lebih bijak mengawal gelanggang untuk kemenangan 21-16 selepas pertarungan berlarutan 1 jam 50 minit.

FOTO : NSTP

Menanti pasangan negara pada separuh akhir esok, satu lagi halangan sukar, sama ada beregu Korea Selatan Jeong Na Eun / Kim Hye Jeung, pilihan kelima atau gandingan Indonesia Apriyani Rahayu / Siti Fadia Silva Ramadhanti selaku pilihan kedua kejohanan.

Loading...
Terkini