Tumpuan :
Nasional

Pasukan Liga Super KDA FC selamat tiba di Turkiye

Foto: Pasukan KDA FC selamat tibe di Istanbul, Turkiye. FACEBOOK KDA FC

Oleh: Hasnida Hanim Ahmad Kamil

TURKIYE: Delegasi KDA FC ke Eropah dalam siri Jelajah Pra Musim 2023 berjalan lancar. Semua perancangan mengikut jadual yang di atur.

Perkembangan itu sekaligus melegakan penyokong dan ahli keluarga yang bimbang menanti keadaan terkini pasukan susulan kejadian gempa bumi yang melanda negara tersebut semalam.

Menerusi perkongsian di laman Facebook KDA FC hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris mengesahkan jadual pasukan di Turkiye tidak terjejas kerana lokasi gempa bumi berada jauh dari kem latihan mereka di Antalya.

“Untuk makluman semua, delegasi berlepas ke Istanbul, Turkiye semalam dari KLIA jam 11.00 malam dan tiba di Istanbul jam 10.00 pagi waktu tempatan (Turkiye).

“Kejadian gempa bumi di Turkiye adalah di zon yang berbeza dan tidak mengakibatkan jadual pasukan terjejas dan 4 perlawanan persahabatan akan berlangsung di Limak Arcadia Sports Center diteruskan seperti perancangan awal.”

Skuad kendalian Nafuzi Zain itu akan berada di Turkiye selama 10 hari dan mereka dijadualkan menentang kelab dari Uzbekistan, Ukraine dan dua kelab dari Kazakhstan.

Sang Kenari akan mengadakan empat perlawanan persahabatan bertemu pasukan FC Nasaf dari Uzbekistan pada 9 Februari, FC Shakter Karaganda dari Kazakhstan (10 Februari), FK Maqtaraal dari Kazakhstan (12 Februari) dan pasukan terakhir FC Metalist Kharkiv dari Ukraine (14 Februari).

Loading...
Terkini