Tumpuan :
Sukan

PARIS 2024: Johnathan jadi atlet ketiga negara layak ke Sukan Olimpik

Penembak negara, Johnathan jadi atlet terbaharu layak ke Paris – Foto: Olympic Council of Malaysia/ Facebook

KUALA LUMPUR: Seorang lagi wakil negara mengesahkan penampilan di Sukan Olimpik tahun depan dengan menempah slot kelayakan.

Atlet menembak Johnathan Wong diberikan tempat apabila berada di posisi keempat 10 meter (m) ‘air pistol’ di Kejuaraan Asia ke-15 yang sedang berlangsung di Changwon, Korea Selatan.

Pencapaian tersebut menyaksikan penembak berusia 31 tahun itu bakal membuat penyertaan kedua di temasya terbesar di dunia selepas Rio pada 2016.

Dengan kejayaan Johnathan, Malaysia sudah mempunyai tiga atlet yang berjaya melayakkan diri ke Paris 2024.

Sebelum ini, Bertrand Rhodict Lises dari akuatik terjun dan pelayar Nur Shazrin Mohd Latif turut meraih slot secara merit.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohd Norza Zakaria turut mengucapkan tahniah dan berharap Johnathan membuat persiapan sebaiknya selepas ini.

Loading...
Terkini