comscore
Tumpuan :
Sukan

Paralimpik Paris: UPSI rai atlet olahraga para negara 

Prof Datuk Dr Md Amin (tengah) bersama atlet Para Olahraga Malaysia

TANJONG MALIM: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan majlis ramah mesra sebagai menghargai dan meraikan Pasukan Para Olahraga Olimpik yang akan mewakili Malaysia ke Sukan Paralimpik Paris 2024 bermula 28 Ogos hingga
8 September.

Majlis yang diadakan di Scholar’s Suites, Kampus Sultan Azlan Shah itu bertujuan untuk meraikan atlet para olahraga (sprinters) Malaysia yang bertungkus lumus menjalani program latihan fasa akhir di UPSI bagi persediaan ke temasya Paralimpik Paris 2024.

Naib Canselor Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata UPSI sentiasa menghargai jasa mereka yang berjuang mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

“Saya bangga atas pencapaian atlet Para Malaysia kerana terpilih mewakili negara ke Sukan Paralimpik seperti sukan olahraga, badminton, memanah, renang dan powerlifting, ” katanya.

Beliau berkata UPSI akan sentiasa komited dalam usaha membantu memajukan sukan negara menerusi kemudahan fasiliti sukan dan kepakaran dalam bidang Sains Sukan yang dimiliki.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr. Abdul Rahim Razalli dan Pengarah Pusat Sukan UPSI,  Mohammad Faeez Mohamad Alias.

Seramai 29 atlet akan mewakili Malaysia di Sukan Paralimpik Paris 2024.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini