comscore
Tumpuan :
Sukan

PARALIMPIK PARIS: Eddy Bernard hadiahkan Malaysia pingat pertama

Foto: Para Athetics / X

PARIS: Penantian kontinjen negara memenangi pingat pertama terlerai apabila meraih kilauan gangsa menerusi olahraga.

Eddy Bernard muncul wira Malaysia apabila menamatkan larian 100 meter (m) lelaki T44 di kedudukan ketiga di Stade de France daripada sembilan pencabar di peringkat akhir.

Pelari berusia 22 tahun itu mencatat 11.58 saat (s) yang merupakan catatan terbaik peribadinya tahun ini.

Podium juara milik juara dunia Mhlongo Mpumelelo dari Afrika Selatan dengan catatan 11.12s sementara pingat perak milik wakil Cuba Luis Vives Suares yang merakam 11.20s. 

Kejutan dari Eddy itu hadir dihari keempat temasya paralimpik berlangsung dengan kem olahraga negara menyasarkan dua pingat emas masing-masing dari Datuk Abdul Latif Romly dan Mohd Ziyad Zolkefli yang menghitung masa untuk memulakan aksi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

 
Loading...
Terkini