comscore
Tumpuan :
Sukan

Paralimpik Paris: Bonnie pecah rekod dunia, raih emas kedua Malaysia

Bonnie Bunyau Gustin. FOTO: Reuters

Oleh: Hazreen Mubarak

PARIS: Atlet powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin menepati ramalan apabila merangkul pingat emas kedua negara pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024, hari ini.

Atlet kelahiran Sarawak berusia 25 tahun itu meraih pingat emas bagi kategori 72 kilogram (kg) setelah berjaya melakukan angkatan 232kg pada angkat ketiga sekaligus memadam rekod dunia diciptanya sebelum ini iaitu 231kg.

Bonnie Bunyau Gustin. FOTO: Reuters

Angkatan itu turut menyaksikan Bonnie mengumpul dua pingat emas di pentas Sukan Paralimpik selepas kali pertama pada edisi Tokyo 2020.

Hu Peng dari China yang membuat angkatan terbaik 214kg raih pingat perak manakalal gangsa dimenangi wakil Itali Donato Telesca menerusi rekod 213kg.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini