comscore
Tumpuan :
Sukan

Paralimpik Paris: Boccia antara sandaran emas

Noor Askuzaimey atlet boccia negara yang menyumbang emas pada Sukan Asia Hangzhou – FOTO: Fail Ihsan Majlis Paralimpik Malaysia

KUALA LUMPUR: Selain badminton, powerlifting dan olahraga, Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) turut meletakkan harapan tinggi boccia turut berkemampuan membawa pulang pingat emas.

Presiden MPM, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin melaungkan keyakinan itu selepas melihat prestasi atlet dari sukan itu ketika ini berada dalam prestasi yang amat baik.

“Setakat ini kita belum putuskan atlet mana diletakkan sasaran untuk menang emas, kita belum maklumkan lagi.

“Kita akan umumkan secara rasmi selepas mesyuarat jawatankuasa pemilihan nanti,” katanya pada Majlis Pelancaran Kira Detik 50 Hari Menjelang Temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 di Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan, hari ini.

Selain itu, Megat mengumumkan untuk setiap atlet yang layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024 akan menerima sebuah kerusi urut dan beberapa barangan lain manakala paling utama adalah ganjaran berupa hadiah wang tunai menanti pemenang pingat di temasya empat tahun sekali itu yang akan diberikan oleh penaja dari syarikat berasaskan produk kesihatan, Zero Healthcare.

Sebagai rekod, Malaysia meraih enam pingat emas di sukan terbesar dunia itu dan empat daripadanya  menerusi sukan olahraga.

Atlet lompat jauh T20 negara, Datuk Abdul Latif Romly antara yang cemerlang apabila memenangi dua emas di Rio 2016 dan Tokyo 2020 manakala Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (100m T36) (Rio 2016) dan Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru T20) (Rio 2016), sementara Cheah Liek Hou (badminton SU5) dan Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting) pada edisi Tokyo 2020.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini