Tumpuan :
Sukan

Pang Ron-Su Yin mara ke pusingan kedua Terbuka Jerman

Pang Ron-Su Yin mara ke pusingan kedua Terbuka Jerman. FOTO FAIL NSTP

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin mara ke pusingan kedua Terbuka Jerman di Mulheim, sebentar tadi.


Pasangan ranking ke-14 dunia itu hanya memerlukan 26 minit untuk menundukkan gandingan Algeria, Koceila Mammeri-Tanina Mammeri 21-11, 21-15 pada aksi pusingan pertama di Westenergie Sporthalle.

Ia permulaan positif buat Pang Ron-Su Yin dalam misi memburu gelaran pertama dalam Jelajah Dunia BWF.

Pilihan kedua kejohanan itu akan membuat perhitungan menentang Gao Jia Xuan-Wu Meng Ying dari China bagi perebutan tiket ke suku akhir, esok.

Turut mengiringi Pang Ron-Su Yin ke pusingan kedua adalah beregu wanita, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing yang menewaskan wakil tuan rumah, Selin Hubsch-Amelie Lehmann 21-12, 21-14.

Sementara itu, beregu campuran profesional, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien juga melepasi pusingan pertama dengan menyingkirkan pilihan kelima dari Singapura, Terry Hee-Jin Yujia menerusi aksi tiga set 15-21, 24-22, 21-19.

Loading...
Terkini