comscore
Tumpuan :
Sukan

Hangzhou 2022: Pandelela raih gangsa kedua

 

KUALA LUMPUR: Skuad terjun negara terus menjadi penyumbang tertinggi pingat kontinjen Malaysia di temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 menerusi tambahan satu lagi pingat gangsa, petang tadi.

Setakat ini, terjun mengumpul lima pingat keseluruhan dengan pecahan satu perak dan empat gangsa.

Ia menyaksikan gangsa terbaharu itu disumbangkan ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong Pamg dalam acara 10 meter (m) platform individu wanita akhir.

Pada aksi yang berlangsung di Arena Sukan Akuatik Pusat Sukan Olimpik Hangzhou itu, Datuk Pendelela muncul penerjun ketiga terbaik apabila mengumpul 280.50 mata, hanya 1.2 mata di atas Matsuri Arai dari jepun di tempat ke-4.

Seperti diduga, China mendominasi acara ini menerusi penamat satu-dua menyaksikan Quan Hongchan raih emas (438.20 mata) sementara Chen Yuxi rangkul perak (435.65 mata).

Untuk rekod, ini adalah pingat peribadi kedua Datuk Pandelela di temasya ini selepas turut raih gangsa acara 10m platform seirama wanita akhir ketika bergandingan bersama Nur Dhabitah Sabri, 30 September lalu.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini