comscore
Tumpuan :
Sukan

Pandelela-Dhabitah gagal ke Paris 2024

Pandelela-Dhabitah hanya menduduki tempat ke-12 daripada 16 gandingan dalam acara 10m platform seirama di Kejohanan Akuatik Dunia, Doha.-FOTO: Reuters

KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara Pandelela Rinong dan gandingannya Nur Dhabitah Sabri terlepas tiket untuk ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas hanya menamatkan saingan acara 10m platform seirama pada kedudukan ke-12 di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar, malam tadi.

Gagal menampilkan prestasi terbaik, mereka menduduki kedudukan tersebut daripada 16 gandingan dengan mengutip 240.06 mata keseluruhan di acara final yang berlangsung di Pusat Akuatik Hamad.

Tempat pertama milik pasangan China, Chen Yuxi-Quan Hingchan yang mengumpul 362.22 mata keseluruhan, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing diduduki pasangan Korea Utara, Kim Mi Rae-Jo Jin Min (320.70 mata) dan gandingan Great Britain, Toulson Lois-Spendolini Sirieix (299.34 mata).

Pandelela-Dhabitah perlu menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik bagi mengesahkan tiket ke Paris.

Kelmarin, Pandalela yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 terlepas tiket ke Paris dalam acara kegemarannya 10m platform individu.

Beliau menamatkan saingan di tempat ke-29 dengan mengumpul 231.15 mata, sekali gus gagal ke separuh akhir.

Terdahulu, dua penerjun lelaki negara, Ooi Tza Lian dan Muhammad Syafiq Puteh turut tersingkir di pusingan kelayakan 3m papan anjal individu lelaki selepas masing-masing hanya menduduki tempat ke-23 (352.10 mata) dan 45 (296.35 mata).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini