Tumpuan :
Sukan

Pang Ron-Su Yin gagal lepasi suku akhir

FOTO: BAM

PETALING JAYA: Langkah beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin pada saingan Badminton Terbuka China terhenti pada suku akhir selepas tewas di tangan pasangan Indonesia Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja di Changzhou, China sebentar tadi.

Apa yang pasti pasangan negara jelas tertekan sepanjang permainan dengan penguasaan lawan yang mendudukki ranking ke-16 dunia menerusi kawalan gelanggang yang ketat dan pukulan kemas.

Set pertama meskipun cuba memberi tentangan Pang Ron-Su Yin akur dengan kekalahan 14-21.

Hasrat beregu negara yang mendudukki ranking ke-32 dunia untuk bangkit pada set kedua juga tidak kesampaian.

Sebaliknya Pang Ron-Su Yin terus dipaksa bertahan yang menyaksikan mereka tewas mudah 9-21 selepa

Empat lagi wakil negara turut beraksi pada suku akhir hari ini. iaitu tiga beregu lelaki dan satu beregu campuran.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini