comscore
Tumpuan :
Sukan

Pan Gon mahu pemain lebih waspada di Taipei

Pan Gon lontar kata-kata semangat buat Syihan sebelum pertemuan menentang Kyrgyzstan Foto: FAM

KUALA LUMPUR:  Kemenangan 4-3 mengatasi Kyrgyzstan iaitu pasukan di ranking lebih tinggi pada aksi pembukaan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, bagi pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon menjadi motivasi buat pasukan bimbingannya itu.

Namun tegas jurulatih kelahiran Korea Selatan itu,  Harimau Malaya tidak layak mara lebih jauh dalam kelayakan Piala Dunia 2026 jika tidak mampu mengatasi Taiwan apabila berkunjung ke Taipei pada  aksi  kedua Selasa depan.

“Perlawanan berikutnya (berdepan Taiwan) di tempat lawan sudah pastinya lebih sukar. Harapnya kita dapat membuat persiapan terbaik. Jika kita tidak memperoleh tiga mata, kita tidak layak ke pusingan ketiga, jadi kita kena berjuang untuk itu,” katanya pada sidang media pascaperlawanan Malaysia-Kyrgyzstan malam tadi.

Tambahnya,  skuad negara perlu bertarung untuk mengutip tiga mata dalam perlawanan kedua Kumpulan D kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 walaupun menyedari perlawanan di tempat lawan pastinya lebih sukar kerana suasana dan tekanan dihadapi.

Malaysia menghuni ranking ke-137 manakala Taiwan 152.

Selepas aksi menentang Taiwan di gelanggang lawan minggu depan, Malaysia dijadual berdepan pasukan di ranking ke-72, Oman di tempat lawan pada 21 Mac tahun depan dan melayan kunjungan pasukan itu pada 26 Mac di tanah air, diikuti Kyrgyzstan (6 Jun) di tempat lawan dan kembali menanti kedatangan Taiwan di Bukit Jalil pada 11 Jun.

Loading...
Terkini