comscore
Tumpuan :
Sukan

Pan Gon kekalkan sebahagian besar barisan Harimau Malaya ke Pesta Bola Merdeka, intai gelaran juara

Persatuan Bola Sepak Malaysia

KELANA JAYA: Pasukan bola sepak kebangsaan akan dikumpulkan semula 6 Oktober ini bagi menghadapi Pesta Bola Merdeka 2023 yang dijadual 13 hingga 17 Oktober nanti.

Dalam senarai panggilan yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), jurulatih Kim Pan Gon mengekalkan 21 pemain daripada tugasan terakhir di China bulan lalu serta memanggil penjaga gol baharu Mohd Suhaimi Husin dan empat pemain dari skuad bawah 23 tahun negara.

Dalam sidang media khas yang diadakan hari ini, pengendali dari Korea Selatan itu turut menjelaskan skuad kali ini mempunyai potensi besar untuk bergelar juara.

“Saya tahu ini (Pesta Bola Merdeka) saingan yang bersejarah, bagi kami sentiasa mahu mendapatkan keputusan dan persembahan terbaik, untuk Malaysia kerana inilah tanggungjawab kami. Jadi kami akan cuba menjuarai pertandingan ini,” kata Pan Gon yang turut diiringi pembantunya E. Elavarasan dan  Pau Marti Vicente.

Ini berikutan Harimau Malaya berada dalam momentum terbaik semasa mencatat dua keputusan seri masing-masing menentang Syria dan China yang berada di bawah ranking 100 dunia pada awal September, selain kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri.

Skuad negara diundi menentang India terlebih dahulu di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 13 Oktober jam 9 malam yang akan menentukan tempat ke perlawanan akhir ataupun aksi ketiga/ keempat empat hari berikutnya.

Dalam satu lagi pertemuan, Palestine menghadapi Tajikistan di gelanggang sama jam 4.30 petang.

Loading...
Terkini