comscore
Tumpuan :
Sukan

Palestin buat Korea Selatan cemas

Jurulatih Palestin, Makram Daboub. FOTO: Reuters

SEOUL: Palestin mencemaskan Korea Selatan yang beraksi di arena sendiri, Stadium Piala Dunia Seoul dengan keputusan 0-0  pada aksi pusingan kelayakan Piala Dunia 2026.

Pertama kali mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia, Palestin jelas tidak ‘kekok’ beraksi di arena lawan yang dibanjiri 66,000 penonton, malah pada minit ke-22 mereka berjaya menembusi pintu gol tuan rumah  namun tidak disahkan pengadil kerana off-sde,

Korea Selatan yang dibimbing Hong Myung Bo, jurulatih keempat mereka tahun ini nyata nampak bergelut dan gagal menggunakan ‘pengaruh’ ketua pasukan Son Heung Min untuk menguasai permainan.

Kesempatan terbaik tuan rumah yang berada di tangga ke-23 ranking dunia,  menerusi pemain Paris Saint-Germain Lee Kang In, namun penjaga gol Palestin Rami Hamadeh tangkas menggagalkan percubaan jarak dekat itu.

Ketika Heung Min tercari-cari rentak, Hamadah terus kental memagari pintu gol Palestin apabila menyelamatkan lagi percubaan Kang In pada babak kedua, untuk keputusan terikat tanpa jaringan.

Apa yang pasti penampilan Palestin mula disegani di bawah bimbingan jurulatih kelahiran Tunisia, Makram Daboub.

Pada Piala Asia tahun ini, Palestin yang menghuni ranking ke-96 dunia, mencipta sejarah menang kali pertama dalam sejarah pertandingan mengalahkan Hong Kong 3-0.

Sebagai rekod Palestin akan kembali ke Kuala Lumpur yang menjadi pangkalan latihan mereka dan  beraksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur menentang Jordan, Selasa ini untuk aksi kelayakan berikutnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini