KUALA LUMPUR: Padang Stadium Nasional, Bukit Jalil ditutupi kanvas sebaik saja hujan kira-kira jam 5 petang tadi.
Langkah itu diambil bagi memastikan kualiti padang di gelanggang aksi hidup mati antara Malaysia dan Singapura, malam ini berada pada tahap terbaik.
Aksi terakhir Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 itu dijadualkan berlangsung jam 8.30 malam ini dengan skuad Harimau Malaya wajib menang ke atas Singapura untuk melangkah ke separuh akhir.
Puluhan ribu `pemain ke-12’ skuad Harimau Malaya dijangka membanjiri Stadium Nasional selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) setakat ini mengesahkan sebanyak 56,742 tiket sudah terjual.