PARIS: Veddriq Leonardo meraih pingat emas sulung buat Indonesia di Sukan Olimpik Paris 2024 menerusi sukan memanjat bagi saingan speed lelaki.
Ia membolehkannya mencipta gelaran Olimpik bersejarah untuk Indonesia, sekaligus membayangi kehebatan peserta Amerika Syarikat Sam Watson yang mencipta rekod dunia pada perlumbaan terakhir untuk penentuan pingat gangsa.
Veddriq, 27, memperbaiki catatan masanya dalam setiap perlumbaan bermula dari suku akhir, sebelum menumbangkan Wu Peng dari China dengan perbezaan masa 2/100 saat (s) untuk merakam catatan peribadi terbaik 4.75s.
Dengan kemenangannya, Veddriq memberikan Indonesia, yang terkenal dalam sukan memanjat, emas Olimpik pertama mereka selain badminton, juga pingat emas kesembilan mereka sejak penampilan pertama di Olimpik pada tahun 1952.
Sementara itu, Watson, meraih pingat gangsa dengan mengalahkan Reza Alipour dari Iran dengan catatan rekod dunia 4.74s.
Watson menjadi pilihan utama untuk meraih gelaran selepas memecahkan rekod dunia lamanya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.