comscore
Tumpuan :
Sukan

Olimpik Paris: Tang Jie/ Ee Wei rakam kemenangan pertama 

PARIS: Beregu campuran negara membuat permulaan meyakinkan dalam acara badminton apabila menewaskan Singapura dalam aksi pertama.

Berlangsung di Porte de la Chapelle Arena, Chen Tang Jie/ Toh Ee Wei bangkit dari ketinggalan kepada Terry Hee/ Jessica Tan sebelum merakam keputusan 23-21.

Wakil negara itu kemudian terus mendapat rentak baik dan mengekalkannya di set kedua.

Lawan dari Singapura itu gagal mematahkan asakan-asakan menyebabkan mereka sedikit demi sedikit ditinggalkan.

Permainan berakhir 21-12 memihak Malaysia sekaligus memperoleh mata pertama di saingan kumpulan D.

Lawan Tang Jie/ Ee Wei selepas ini ialah Vinson Chiu/ Jennie Gai dari Amerika Syarikat esok.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini