comscore
Tumpuan :
Sukan

Olimpik Paris: Shah Firdaus berjaya layak ke pertarungan pingat keirin

FOTO: Olympic Council of Malaysia / Facebook

PARIS: Harapan kem basikal trek negara untuk memburu pingat kembali bersinar selepas mendapat kemaraan ke perlumbaan akhir basikal trek keirin.

Mohd Shah Firdaus Sahrom yang berlumba di peringkat separuh akhir sebentar tadi, menamatkan saingan di kedudukan keempat daripada tiga slot terbaik ke aksi penentuan pingat, namun dinaikkan ke tangga ketiga selepas perubahan keputusan panel komisar.

Perlumbaan diungguli Matthew Richardson dari Australia dengan catatan 9.452 saat (s), diikuti pelumba Belanda Harrie Lavreysen dibezakan 0.234s dan wakil Jepun Ota Kaiya.

Namun Kaiya yang sudah mempunyai satu amaran kad kuning dibatalkan penyertaannya dipercayai melakukan kesalahan.

Situasi tersebut menyaksikan Shah Firdaus memperbaiki posisinya sekaligus meneruskan saingan kemuncak perebutan pingat emas, perak dan gangsa Velodrome de Saint-Quentin-en-Yvelines jam 7.23 waktu Malaysia sebentar lagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini