comscore
Tumpuan :
Sukan

Olimpik Paris: Shah Firdaus dilanggar, terlepas podium pingat

PARIS: Malaysia hampir-hampir memenangi satu lagi pingat di Sukan Olimpik, namun impian itu musnah di perlumbaan akhir basikal trek.

Mohd Shah Firdaus Sahrom berada di kedudukan terbaik menghabiskan perlumbaan ditempat ketiga, namun mengalami kemalangan di selekoh terakhir berikutan dilanggar.

Saingan dimenangi Harrie Lavreysen dari Belanda yang meraih emas dengan catatan 9.397 saat (s), sementara Matthew Richardson dari Australia meraih perak dipisahkan 0.056s.

Rakan senegara Matthew Glaetzer yang berada di bahagian belakang babak kemalangan lega mendapat posisi gangsa.

Insiden membabitkan Shah itu turut menyaksikan Jack Carlin dari Britain dan wakil Jepun Shinji Nakano gagal menghabiskan perlumbaan.

Mengikut keputusan penuh yang disiarkan, pelumba berusia 28 tahun itu pada mulanya menduduki di tempat keempat sebelum disingkirkan ke tempat tercorot.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini