Tumpuan :
Sukan

Olimpik Paris: Saya adalah wanita dan akan kekal wanita – Petinju Algeria

FOTO: Reuters

PARIS: Meskipun terpalit dengan kontroversi yang mempertikaikan jantinanya, namun petinju Algeria Imane Khelif tetap meneruskan perjuangannya layak ke separuh akhir semalam selepas menumbangkan petinju Hungary Anna Luca Hamori 5-0 bagi kategori wanita 66kg.

Selepas pertarungan itu Imane mengumumkan bahawa beliau adalah wanita dan akan terus kekal sebagai wanita kepada BeIN Sports.

“Ini mengenai maruah dan kemuliaan kepada setiap wanita.

“Seluruh Arab tahu siapa saya sejak bertahun lalu. Bertahun-tahun saya menyertai tinju di peringkat antarabangsa dan mereka (IBA) tidak adil dengan saya.

“Tetapi saya ada Allah. Saya mahu beritahu seluruh dunia saya adalah wanita dan saya akan kekal wanita.

“Saya tujukan pingat ini kepada dunia dan seluruh orang Arab dan saya beritahu anda semua, “Hidup Algeria”, ujarnya.

Imane antara dua petinju dalam kategori wanita yang penyertaannya menimbulkan kontroversi bersama Lin Yu-ting dari Taiwan yang bersaing dalam divisyen 57kg.

Imane dan Yu-ting diharamkan daripada bertanding di Kejohanan Dunia tahun lalu oleh Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA) susulan kegagalan ujian gender.

Petinju Algeria ini akan menetang jaguh Thailand Janjaem Suwannapheng pada separuh akhir Selasa ini dan menang atau kalah, Imane bakal dikalungkan pingat sekurang-kurangnya gangsa kerana semi finalis tinju di Olimpik diberikan pingat.–AGENSI

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini