comscore
Tumpuan :
Sukan

Olimpik Paris: Penyertaan Azizulhasni dibatalkan, Shah Firdaus diberi amaran

PARIS: Harapan Malaysia untuk membawa pulang pingat emas pertama olimpik tidak kesampaian apabila jaguh pecut negara Datuk Azizulhasni Awang dibatalkan penyertaannya  pada saringan pertama acara keirin di Velodrom Saint Quentin, sebentar tadi.

Azizul dikesan melakukan kesalahan teknikal pada awal saringan selepas didapati memotong derny (basikal elektrik bertindak sebagai pacer) sebelum derny meninggalkan trek sekali gus memaksa perlumbaan dimulakan semula tanpa penyertaan Azizulhasni.

Bagaimanapun belum ada kenyataan rasmi daripada penganjur mengenai insiden itu

Acara saringan pertama ini dimenangi pelumba Australia Matthew Glaetzer yang mengatasi jaguh Belanda Jeffrey Hoogland seterusnya layak ke pusingan seterusnya.

Dalam pada itu saringan kelima yang membabitkan seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Shahrom, menyaksikan dia diberi amaran, juga atas sebab teknikal.

Mendudukki tempat ketiga pada saringan itu, belum ada kepastian sama ada Shah Firdaus Shahrom layak beraksi pada repechage yang dijadual berlangsung jam satu pagi nanti.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini