comscore
Tumpuan :
Sukan

Olimpik Paris: Pearly-Thinnah gagal lepasi halangan pertama

PETALING JAYA: Sandaran utama beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah terpaksa akur, tewas kepada pasangan nombor satu dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan dalam saingan pembukaan Kumpulan “A” Sukan Olimpik Paris sebentar tadi.

Meskipun memberi tentangan sengit mereka kecundang 17-21 pada set pertama.

Set kedua lebih mendebarkan dengan gandingan negara tampil lebih kemas untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Namun begitu, ternyata selain tuah, pengalaman berpihak kepada lawan pemenang pingat perak Tokyo 2020 itu.

Selepas pertarungan berlarutan 53 minit beregu negara kalah 20-22 pada set kedua.

Tugas sukar menanti mereka esok apabila bakal turun menentang  pasangan nombor enam dunia dari Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dan wajib menang untuk menghidupkan peluang ke pusingan seterusnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini