comscore
Tumpuan :
Sukan

Olimpik Paris: Korea Selatan berang diperkenalkan sebagai Korea Utara

Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Korea Selatan mahu jumpa Ketua Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bantah atlet mereka diperkenalkan sebagai atlet Korea Utara oleh penyampai ketika majlis perasmian Paris 2024.- FOTO: Reuters

SEOUL: Kementerian sukan Korea Selatan meluahkan rasa kesal atas kesilapan semasa majlis perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 di mana atletnya diperkenalkan sebagai Korea Utara.

Ketika delegasi Korea Selatan menaiki bot di Sungai Seine dan memasuki upacara sebagai negara peserta ke-48, penyampai berbahasa Perancis itu memperkenalkan mereka menggunakan nama rasmi untuk Korea Utara: “Republique populaire democratique de Coree” dalam bahasa Perancis, kemudian “Democratic Republik Korea” dalam bahasa Inggeris.

Kesilapan itu mencetuskan reaksi kurang senang di Korea Selatan, sebuah kuasa besar budaya dan teknologi global yang secara teknikalnya masih berperang dengan Utara yang bersenjata nuklear dan miskin, kerana konflik 1950-1953 berakhir dengan gencatan senjata dan bukannya perjanjian damai.

Kementerian Sukan Korea Selatan “menyatakan kekesalan terhadap pengumuman semasa upacara pembukaan Paris 2024 itu, di mana delegasi Korea Selatan diperkenalkan sebagai pasukan Korea Utara,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Timbalan Menteri Sukan Kedua Korea Selatan, Jang Mi-ran yang juga juara angkat berat Olimpik 2008, meminta untuk bertemu dengan Ketua Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach, bagi membincangkan perkara itu.

Korea Selatan turut menggesa Kementerian Luar untuk “menyampaikan bantahan keras kepada pihak Perancis” berhubung isu itu, katanya.

Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Korea Selatan merancang untuk bertemu dengan Jawatankuasa Penganjur Olimpik Paris dan IOC untuk menyuarakan bantahan mereka, meminta langkah-langkah untuk mencegah daripada berulang dan menghantar surat bantahan rasmi di bawah nama ketua delegasinya, kata Kementerian Sukan.

Semasa majlis pembukaan Olimpik di Paris, Korea Utara yang menyertai majlis sebagai negara ke-153, diperkenalkan dengan nama rasmi negara tersebut dengan betul.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini