comscore
Tumpuan :
Sukan

Olimpik Paris: Aaron/ Wooi Yik serlah kebangkitan atasi cabaran Britain

PARIS: Salah satu prospek pingat emas negara di Sukan Olimpik kali ini, Aaron Chia/ Soh Wooi Yik menceriakan kontinjen Malaysia dengan memenangi perlawanan pertama.

Bekas juara dunia beregu lelaki 2022 itu bagaimanapun terlebih dikejutkan dengan kekalahan 19-21 kepada pasangan Ben Lane/ Sean Vendy.

Kedua-duanya kemudian berjaya mendapatkan rentak sebenar di permainan berikutnya membolehkan mengheret perlawanan ke set ketiga hasil catatan 21-16.

Pearly-Thinaah mesti menang menentang beregu Jepun Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara pada aksi kedua untuk meneruskan saingan di Paris (Foto BAM)

Senjata Aaron/ Wooi Yik menerusi pertahanan mantap dan smash padu banyak kali memerangkap Lane/ Vendy.

Merakam keputusan 21-11 selepas itu memastikan mereka berada di laluan betul untuk mencari kemaraan ke fasa berikutnya dari kumpulan A.

Lawan kedua menanti esok di Porte de la Chapelle Arena ialah Adam Dong/ Nyl Yakura dari Kanada.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini