Tumpuan :
Sukan

OLAHRAGA: Zaki Sadri lepas jawatan ketua jurulatih olahraga negara

Bekas jaguh lompat kijang negara, Zaki Sadri letak jawatan selaku ketua jurulatih olahraga kebangsaan. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Khidmat Zaki Sadri sebagai ketua jurulatih olahraga kebangsaan nampak tidak bertahan lama, apabila beliau meletakkan jawatan pada hujung Mei lalu.

Bekas atlet kebangsaan itu menjelaskan perkara tersebut tidak dapat dielak kerana sukar bekerja sama serta perbezaan pendapat dengan beberapa pegawai dalam Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

“Saya ada formula untuk mengembalikan semua kegemilangan olahraga seperti ketika zaman saya dahulu, tetapi masalahnya apabila kita nak berkongsi dengan apa yang kita mahu lakukan untuk perubahan, orang atasan tidak boleh terima,”.

Bekas pemenang pingat emas sebanyak lapan kali Sukan SEA itu dipilih menggantikan Mohd Manshahar Abdul Jalil yang tidak disambung kontrak, Februari lalu.

“MSN (Majlis Sukan Negara) dan KOM tahu perkara ini, hanya surat pelantikan yang diberikan, Selepas tamat Sukan SEA, Datuk Ahmad Shapawi Ismail (Ketua Pengarah MSN) beri tawaran kepada saya menjadi ketua jurulatih negara sehingga tiga atau empat tahun lagi,” katanya.

Namun, beliau yang masih belum membatalkan kontrak sebagai Pengarah Kejurulatihan Olahraga Negeri Terengganu untuk bertugas di Bukit Jalil memutuskan untuk kembali ke negeri berkenaan.

Loading...
Terkini