comscore
Tumpuan :
Sukan

OLAHRAGA: Kuartet pecut wanita negara tampil pecutan mantap, menang emas 4×100 M

Zaidatul Husniah, Azreen Nabila, Nur Aishah dan Nur Afrina menaiki podium emas acara 4X100 M wanita di Terbuka Singapura semalam.

KALLANG: Kem olahraga negara melakar kejayaan sensasi di saingan Terbuka Singapura apabila skuad pecut wanita menjuarai acara 4×100 meter (M).

Rangkaian pelari Zaidatul Husniah Zulkifli, Azreen Nabila Alias, Nur Aishah Rofina Aling dan Nur Afrina Mohamad Rizal menampilkan persembahan memukau di Stadium Nasional Kallang.

Berada di lorong ketujuh, Azreen yang bermula sebagai pelari pertama bersaing baik dengan pencabar dari Thailand dan Singapura di awal perlumbaan.

Selepas itu Zaidatul Husniah menyambung tugasan sebelum menyerahkan baton kepada Nur Afrina selaku peserta ketiga yang menyaksikannya cuba menghambat kembali kelompok hadapan.

Pecutan mantap disaksikan pada 100 M terakhir apabila Nur Aishah pantas mengejar pelari tuan rumah sebelum memintasnya dan menamatkan perlumbaan di tempat pertama.

Pingat emas manjadi milik Malaysia dengan catatan 45.7 saat.

Pasukan lelaki yang dianggotai Mohd Haiqal Hanafi, Abdul Wafiy Roslan, Mohd Arsyad Md Saat dan Jonathan Nyepa turut unggul dalam acara serupa selepas itu namun dibatalkan penyertaan kerana melakukan kesalahan sekaligus menyerahkan kemenangan kepada kuartet Australia.

Loading...
Terkini