comscore
Tumpuan :
Sukan

OLAHRAGA: KBS umum pakej bantuan RM400,000 kepada Shereen

Shereen yang memenangi emas 400m di Phnom Penh kini menghuni ranking nombor satu Asia. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Pelari negara, Shereen Samson Vallabouy hari ini diumum menerima sokongan penuh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk terus meningkatkan prestasinya.

Menteri Hannah Yeoh dalam sesi sidang khas di bangunan Parlimen hari ini menyatakan jumlah keseluruhan yang diperuntukkan ialah RM400,000.

“KBS telah bersetuju memberi pakej bantuan menyeluruh kepada Shereen meneruskan program latihan di Amerika Syarikat yang merangkumi kos penginapan, kejurulatihan, elaun makanan, perkhidmatan sukan, pendedahan kejohanan dan lain-lain lagi.

“Pakej bantuan ini akan bermula daripada sekarang 1 Jun hingga Julai tahun depan, yang akan membolehkan Shereen menjalani latihan di Lifespeed Athletics, Florida, di bawah kendalian jurulatih Derrick White” kata Hannah yang disertai ibu dan Shereen iaitu Josephine Mary dan Samson Vallabouy.

Shereen memenangi pingat emas 400 meter di Sukan SEA Kemboja beserta beberapa catatan rekod baharu semasa menyertai pertandingan di Amerika Syarikat dijadual menghabiskan pengajiannya bulan ini.

Justeru, bantuan yang dihulur membantunya terus berpangkalan di negara Uncle Sam itu.

Pakej itu akan merangsang Shereen bekerja keras melayakkan diri secara merit ke Kejohanan Dunia pada 17-19 Ogos, memenanggi pingat di Sukan Asia Hangzhou, serta slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Loading...
Terkini