Tumpuan :
Sukan

Nurul Izzah menang emas ujian masa, baharui rekod Asia

Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin

NILAI: Sandaran pasukan wanita, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mengukuhkan reputasi selaku ratu basikal trek dengan mengungguli ujian masa 1 kilometer (km) elit.

Pelumba berusia 22 tahun itu menepati ramalan mengulangi kejayaan edisi 2024 di New Delhi dengan mencatat 1 minit (m) 6.229 saat (s) mengatasi enam pencabar lain di peringkat akhir.

Masa dilakarnya juga memperbaharui rekod Asia miliknya sendiri 1m 7.137s yang dilakukan semasa mengharungi sesi kelayakan pagi tadi.

Shuyan Luo dari China meraih perak menerusi 1m 7.365s manakala wakil Korea Selatan Hwang Hyeon Seo ketiga mencatat 1m 7.690s.

Ia juga merupakan podium emas kedua di Velodrom Nasional Malaysia kali ini selepas menjuarai keirin semalam selain satu perak dalam pecut berpasukan dan satu gangsa dari pecut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini