comscore
Tumpuan :
Sukan

Nunez, rakan sepasukan Uruguay digantung

Pemain-pemain Uruguay bergaduh dengan penyokong Colombia selepas aksi separuh akhir Copa America di Carolina Utara, Amerika Syarikat pada Julai lalu. – FOOT: Reuters

ASUNCION: Penyerang Uruguay, Darwin Nunez digantung lima perlawanan antarabangsa bersama beberapa pemain lagi kerana terbabit dalam pergaduhan dengan penyokong ketika aksi Copa America menentang Colombia pada Julai lalu.

Rodrigo Bentancur digantung empat perlawanan, manakala Ronald Araujo, Jose Maria Gimenez dan Mathias Olivera masing-masing digantung tiga perlawanan.

Selepas Colombia menang 1-0 pada aksi separuh akhir Copa berkenaan, pemain-pemain Uruguay naik ke tempat duduk penonton dan berbalas tumbukan dengan penyokong.

Kapten Uruguay, Gimenez berkata, pemain-pemain terbabit cuba mempertahankan ahli keluarga masing-masing.

Persatuan bolasepak Uruguay turut didenda AS$20,000 (RM86,868), dan 11 pemain keseluruhan digantung kerana terbabit dalam pergaduhan.

Penyerang Uruguay, Darwin Nunez. – FOTO: Reuters

Nunez didenda dengan jumlah sama, Bentancur AS$16,000 (RM69,500), manakala Araujo, Olivera, dan Gimenez didenda AS$12,000 (RM52,122) seorang.

Mereka akan menjalani penggantungan dalam perlawanan rasmi Uruguay seterusnya di kelayakan Piala Dunia 2026.

Uruguay akan berdepan Paraguay di Montevideo dan Venezuela di Maturin pada September; Peru (tempat lawan) dan Ecuador (laman sendiri) pada Oktober; Colombia (laman sendiri) dan Brazil (tempat lawan) pada November. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini