comscore
Tumpuan :
Sukan

Hangzhou 2022: Ng Tze Yong tewas dan cabaran perseorangan lelaki berakhir

Foto: BAM/Facebook

HANGZHOU: Hasrat menyaksikan Ng Tze Yong menebus kekalahan  Lee Zii Jia di suku akhir seterusnya meneruskan cabaran perseorangan negara, nyata tidak terlaksana.

Tze Yong turut terkandas pada saingan suku akhir petang tadi, tumpas kepada Kodai Naraoka dari Jepun.

Set pertama nyata sengit, menyaksikan Tze Yong mengerah segala tenaga mencabar Naraoka selaku pemain ranking ke-3 dunia.

Bagaimanapun Tze Yong, pemain ke-19 dunia, akur kecundang 20-22.

Set kedua mula memperlihatkan penguasaan Naraoka.

Selepas pertarungan yang memakan masa 57 minit, Naraoka memastikan tempat ke separuh akhir, mengakhiri tentangan Tze Yong 21-15 pada set kedua.

Cabaran Malaysia di suku akhir kini digalas dua beregu, gandingan Aaron Chia/Soh Wooi Yik dan Pearly Tan/M. Thinaah.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini