PETALING JAYA: Ng Tze Yong mara ke suku akhir badminton terbuka Arctic selepas mengejutkan pilihan ke-5 dari Taiwan, Chou Tien Chen sebentar tadi.
Tze Yong menang 21-15, 21-16 ke atas pemain ranking ke-16 dunia itu dalam masa 50 minit.
Suku akhir esok, Tze Yong berdepan satu lagi halangan sukar, menentang pilihan ke-4 dari China, Lu Guang Zu yang mengalahkan Kiran George pada satu lagi saingan pusingan kedua.
Dua lagi perseorangan lelaki negara akan beraksi pada pusingan kedua malam ini.
Lee Zii Jia akan berdepan pemain Indonesia, Chico Aura Dwi Wardoyo manakala Leong Jun Hao bertemu Arnaud Merkle dari Perancis.
Pada saingan beregu wanita pusingan kedua sebelum itu, pasangan Pearly Tan dan M Thinaah menarik diri membolehkan lawan mereka dari Taiwan, Lee Chia Sin dan Teng Chun Hsun mara ke suku akhir.