comscore
Tumpuan :
Sukan

Neymar kembali berlatih selepas pulih dari kecederaan lutut

FOTO: Reuters

RIYADH: Neymar kembali berlatih bersama pasukan dan akan menyertai skuad Al-Hilal untuk aksi Liga Juara-Juara Asia menentang kelab Liga Pro UAE, Al-Ain.

Penyerang Brazil berusia 32 tahun itu, yang berehat panjang akibat kecederaan lutut, tidak bermain sejak aksi kelayakan Piala Dunia menentang Uruguay pada Oktober tahun lalu.

Dia menjalani pembedahan lutut pada November, tiga bulan selepas berpindah ke kelab Liga Pro Saudi itu dari Paris Saint-Germain.

Neymar hanya sempat beraksi dalam lima perlawanan dan turut bergelut dengan masalah kecederaan otot.

Bekas penyerang Barcelona itu, yang kini menjadi penjaring terbanyak Brazil, terlepas kempen Copa America 2024 di Amerika Syarikat, di mana pasukannya tersingkir di peringkat suku akhir buat kali kedua berturut-turut dalam kejohanan besar selepas tewas penentuan penalti kepada Croatia di Piala Dunia 2022.

“Al-Hilal dengan sukacita mengumumkan yang Neymar akan menyertai skuad untuk kunjungan ke Al-Ain. Dia sudah kembali. Neymar menyertai latihan pasukan selepas selesai program pemulihannya,” kata Al-Hilal.

Al-Hilal akan menentang Al-Ain di Stadium Hazza bin Zayed esok. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini