comscore
Tumpuan :
Sukan

Newcastle cuba pecah rekod peribadi berdepan Chelsea

Penjaga gol Newcastle United, Nick Pope beraksi cemerlang di St James’ Park musim ini. – Foto: AGENSI

NEWCASTLE: Newcastle United di ambang memecahkan rekod peribadi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada aksi menentang Chelsea esok.

The Magpies belum pernah menang tanpa dibolosi dalam lima kali berturut-turut di St James’ Park sejak Februari 1907.

Sekiranya mereka berjaya menewaskan Chelsea dan tidak dibolosi, rekod berkenaan akan dipecahkan.

Setakat ini mereka berjaya menewaskan Arsenal 1-0, Crystal Palace 4-0, Burnley 2-0 dan Brentford 1-0 di laman keramat itu.

Dalam semua pertandingan, rekod itu sudah dipecahkan apabila mereka menewaskan Manchester City 1-0 dalam aksi Piala Liga.

Penjaga gol, Nick Pope beraksi cemerlang sejak berpindah dari Burnley untuk membantu mengukuhkan benteng terakhir Newcastle.

Bagaimanapun Chelsea kendalian Mauricio Pochettino kini mula mendapat momentum selepas mengumpul empat mata daripada aksi menentang Tottenham Hotspur dan Manchester City.

Masalah kecederaan turut membayangi Newcastle kendalian Eddie Howe.

Sven Botman dan Dan Burn terpaksa direhatkan, dengan Kieran Trippier akan mengemudi bahagian kiri pertahanan. – AGENSI

Loading...
Terkini