Tumpuan :
Sukan

New Zealand rombak pasukan hadapi Harimau Malaya, esok

Pasukan New Zealand akan menentang Harimau Malaya esok. – FOTO: All Whites

KUALA LUMPUR: New Zealand tidak menolak kemungkinan untuk melakukan rombakan dalam kesebelasan utama bagi aksi persahabatan Tier 1 menentang Harimau Malaya di Stadium North Harbour, petang esok.

Bagaimanapun pengendalinya, Darren Bazeley menegaskan, rombakan itu tidak bermakna dia memandang rendah terhadap kemampuan skuad kebangsaan yang ketika ini menghuni ranking ke-132 dunia berbanding New Zealand pada ranking ke-95 dunia.

“Saya jangkakan akan ada perubahan tetapi bukanlah secara menyeluruh. Kita turun sebagai pasukan pilihan dan ini peluang terbaik untuk kita sebagai pasukan pilihan.

“Pasukan lawan datang dengan skuad yang besar dan kita perlu berikan persembahan yang terbaik di halaman dan penyokong sendiri,” katanya.

ADUN Dusun Tua, Datuk Jihan Abdul Aziz bersama mangsa banjir di Hulu Langat.

Sebagai rekod, skuad ‘All Whites’ menang lapan daripada 12 pertemuan menentang skuad negara dan pertemuan terakhir pada 2006 menyaksikan mereka meraih kemenangan tipis 2-1.

Dalam perkembangan lain, Bazeley turut berpuas hati dengan keadaan padang di Stadium North Harbour yang berada dalam keadaan terbaik sekali gus membolehkan kedua-dua pasukan memperagakan corak permainan terbaik.

“Kita sudah melihat venue perlawanan dan padang berada dalam keadaan menakjubkan. Ia seperti karpet dan kami gembira dengan situasi ini.

“Tiada sebarang aduan untuk padang bagi perlawanan esok dan ini adalah padang yang sempurna untuk melangsungkan perlawanan bola sepak,” ujarnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini