Tumpuan :
Sukan

Natasha, Li Jane, Siti Safiyah dan Gillian hadiahkan pingat perak berpasukan Piala Dunia

Pasukan wanita meraih perak di kejohanan Piala Dunia Boling IBF di Hong Kong. FOTO: ABF

Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin

WAN CHAI: Malaysia melengkapkan hari terakhir saingan Piala Dunia IBF di Hong Kong dengan meraih satu lagi pingat iaitu perak.

Beraksi di perlawanan akhir berpasukan wanita menentang Amerika Syarikat, gandingan Natasha Roslan, Sin Li Jane, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Gillian Lim menampilkan permainan sengit dalam kelima-lima permainan.

Mereka bangkit dua kali daripada ketinggalan di Queen Elizabeth Stadium iaitu pada permainan kedua dan keempat menerusi catatan 195-214, 222-211, 176-198 dan 220-210 untuk menjadikan kedudukan 2-2 menuju ke pertarungan penentuan.

Momentum baik di permulaan selepas itu kemudian dipintas lawan pada lima balingan terakhir diwakili Bryanna Cote, Jillian Martin, Lauren Russo dan Shannon Pluhowsky untuk merakam keputusan 212-180 sekaligus muncul pemenang dengan 3-2.

Menaiki podium pingat perak, Malaysia turut membawa pulang dua kilauan emas dari edisi kali ini menerusi kejayaan skuad lelaki yang menewaskan Puerto Rico di perlawanan akhir hari ini serta gelaran juara perseorangan wanita oleh Natasha empat hari lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini