comscore
Tumpuan :
Sukan

MPM perlu sekurang-kurangnya RM50 juta setahun

Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin (Presiden MPM). – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Bagi memperkasakan program pembangunan atlet para serta sukan itu di peringkat akar umbi, Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) berharap kerajaan akan menambah peruntukan dana kepada sekurang-kurangnya RM50 juta setahun bagi membolehkan program pembangunan atlet para serta sukan itu di peringkat akar umbi diperkasa.

Presiden MPM Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata penambahan dana itu sekali gus mampu disalurkan kepada sejumlah 25 persatuan sukan para di bawah MPM yang sedang mempergiatkan usaha melahirkan lebih ramai atlet pelapis.

“Secara dasarnya peruntukan RM12 juta untuk persiapan temasya para antarabangsa, kami gembira, cuma saya berharap mohon pihak kerajaan untuk memberi atau menambah dana untuk pembangunan sukan maksudnya pembangunan kami sekarang dan kita punya program akar umbi,” kata beliau berhubung dana RM12 juta oleh kerajaan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk program latihan dan persediaan atlet ke temasya sukan para antarabangsa pada pembentangan Belanjawan 2024, Jumaat lepas.

“Saya ada cakap kami turun ke akar umbi mencari bakat. Kita tak nak bakat tak cukup, jadi walaupun kita ada dana RM12 juta untuk hantar ke temasya para antarabangsa tapi nanti bila tahun depan mungkin 50 peratus atlet ada yang pencen jadi ia tidak mencukupi,

kebanyakan anak-anak yang kurang upaya dari kampung di luar sana tiada kemampuan kewangan untuk menyertai sukan para dan perlukan bantuan.” kata beliau

Ujar beliau lagi, dana tambahan itu dalam masa sama akan menyelesaikan masalah dihadapi MPM hampir empat tahun tanpa ada peruntukan untuk tujuan pembangunan sukan para dalam negara.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media pengumuman sasaran Kontinjen Malaysia ke Sukan Para Asia 2022 Hangzhou di Pusat Kecemerlangan Paralimpik, Kampung Pandan, di sini hari ini.

Loading...
Terkini