Tumpuan :
Sukan

Morata terpaksa rehat panjang

MADRID: Penyerang Atletico Madrid, Alvaro Morata mengalami kecederaan tulang dan terseliuh ligamen sisi dalaman lutut kanannya ketika kalah 1-0 kepada Sevilla, menurut kelab La Liga Sepanyol itu hari ini.

Pendahulu penjaring terbanyak bersama dalam Liga Juara-Juara musim ini dengan lima gol dalam enam perlawanan, Morata terhincut-hincut keluar dari padang dalam tangisan pada minit ke-46 aksi awal pagi tadi.

Atletico, yang akan melayan kunjungan Las Palmas dalam liga Sabtu ini sebelum bertandang ke kelab Itali, Inter Milan bagi aksi pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara minggu depan, tidak mendedahkan bila Morata boleh kembali beraksi.

“Pada pagi Isnin dia menjalani imbasan MRI untuk mengenal pasti tahap kecederaan itu… dia menunggu rawatan lanjut,” menurut Atletico dalam satu kenyataan

Kapten Sepanyol berusia 31 tahun itu juga pendahulu penjaring terbanyak Atletico dalam La Liga musim ini, meledak 13 gol dalam 22 perlawanan. – REUTERS

Loading...
Terkini