| Oleh Saiyed Ismail Saiyed Hussin
LONDON: Penyokong Arsenal ketika ini pastinya menghela nafas lega apabila bersambung semula saingan Liga Perdana Inggeris selepas memberi laluan kepada Piala Dunia di Qatar.
The Gunners, menewaskan West Ham United 3-1 untuk mengekalkan kedudukan di puncak liga dengan mengumpul 40 mata selepas 15 perlawanan.
Skuad bimbingan Mikel Arteta itu mengejar dari ketinggakan menerusi jaringan pendahuluan sepakan penalti Said Benrahma minit ke-27 di Emirates Stadium.
Pada separuh masa kedua baharulah tuan rumah menggilap semula permainan membolehkan Bukayo Saka menyamakan keadaan minit ke-53, disusuli gol minit ke-58 Gabriel Martinell dan seterusnya penyudah Edward Nketiah 11 minit selepas itu.
Ia kemenangan keempat berturut-turut Arsenal dan memanjangkan rekod tanpa kalah saingan kepada lapan perlawanan selepas kali terakhir kalah pada awal September lalu kepada Manchester United.
Kelab London itu kini berkelebihan tujuh mata dan satu perlawanan ke atas Newcastle United yang mendaki tangga kedua dengan 33 mata hasil kemenangan 3-0 ke atas Leicester City.
Berikut keputusan perlawanan Liga Perdana Inggeris:
Arsenal 3 – 1 West Ham United
Aston Villa 1 – 3 Liverpool
Brentford 2 – 0 Tottenham Hotspur
Crystal Palace 0 – 3 Fulham
Everton 1 – 2 Wolverhampton Wanderers
Leicester City 0 – 3 Newcastle United
Southampton 1 – 3 Brighton & Hove Albion