comscore
Tumpuan :
Sukan

Misi skuad negara ke Piala Asia B-17 2024 tersentak

FOTO: Football Association of Malaysia/ Facebook

Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin

VIENTIANE: Malaysia membuka tirai kempen kelayakan Piala Asia Bawah 17 Tahun (B-17) 2025 dengan langkah kiri apabila tewas di perlawanan pertama.

Skuad bimbingan Javier Jorda Ribera itu ditundukkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 0-2 dalam aksi kumpulan H yang dimainkan di New Laos National Stadium, Vientiane.

Malaysia melepaskan kedua-dua gol pada babak pertama menerusi penyudah Mayed Adel Khamis minit (m) kesembilan dan penalti Mohamed Buti Almarar di masa kecederaan ketiga separuh masa.

Pemain negara tidak berjaya mengubah kedudukan pada baki permainan selepas rehat, sekaligus keciciran mata berharga.

Skuad bawah 16 tahun itu mempunyai masa empat hari untuk memperkemas semula pasukan sebelum turun dalam perlawanan kedua dan terakhir menentang tuan rumah Laos Ahad ini.

Kempen kelayakan Piala Asia B-17 yang dijadual tahun depan menawarkan slot kepada juara 10 kumpulan disertai lima lagi tempat kepada naib juara terbaik selain Arab Saudi yang layak secara automatik selaku tuan rumah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini