KUALA LUMPUR: Legenda badminton Datuk Misbun Sidek memuktamadkan keputusannya untuk tidak kembali kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Perkara itu diumumkan BAM menerusi satu kenyataan 3 baris hari ini.
“BAM mengesahkan bahawa Datuk Misbun Sidek sudah berpisah dengan BAM melalui penyelesaian secara baik bersama institusi itu. BAM menganggap kes itu ditutup dan kini menumpukan perhatian kepada persiapan untuk Kejohanan Remaja Dunia 2023 akan datang,” kata BAM.
Pada 28 Julai lalu, jawatankuasa khas ditubuhkan BAM yang dipengerusikan Timbalan Presidennya, Datuk V Subramaniam mengumumkan yang Misbun dan badan induk itu berpisah selepas kedua-duanya bersetuju secara bersama berkuatkuasa serta merta.
Artikel berkaitan : Datuk Misbun, BAM berpisah