Tumpuan :
Sukan

Miligan diumum sebagai penolong jurulatih Harimau Malaya

Mark Miligan dilantik penolong Peter Cklamovski. FOTO FAM

KUALA LUMPUR: Bekas pemain Australia, Mark Milligan diumum sebagai penolong jurulatih skuad Harimau Malaya.

Milligan, 40, sebelum ini bertugas selaku penolong jurulatih pasukan Adelaide United.

Menerusi satu video yang dikongsikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, Milligan mengakui beliau dilantik ke jawatan itu.

“Saya Mark Milligan, penolong jurulatih Harimau Malaya untuk pasukan kebangsaan. Saya dah tak sabar untuk menghadapi tugasan bersama pasukan selepas ini,” katanya.

Terdahulu, Peter Cklamovski diumumkan sebagai ketua jurulatih negara bagi menggantikan Pau Marti Vicente.

Dengan pengesahan itu, maka tinggal satu lagi jawatan membabitkan penolong jurulatih tempatan yang akan membantu Cklamovski di Wisma FAM.

Difahamkan, bekas pemain negara Hairuddin Omar adalah calon untuk membantu pasukan kebangsaan.

Tugasan pertama skuad Harimau Malaya adalah menghadapi aksi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 25 Mac depan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini