comscore
Tumpuan :
Sukan

Maybank juara Liga Hoki Dalam Dewan Malaysia 2024

KUALA LUMPUR: Pasukan lelaki Maybank mengesahkan kejuaraan Liga Hoki Dalam Dewan Malaysia 2024 selepas menewaskan TNB 4-1 pada aksi final di IOI City Mall, Putrajaya, petang tadi.

Maybank nyata beraksi pada tahap terbaik mereka, mendahului empat-kosong dengan kapten pasukan Najmi Farizal Jazlan menyumbang tiga got hasil sudut penalti.

Izham Azhar mengukuhkan kedudukan Maybank apabila meledak gol ke-4.

TNB yang cuba bangkit bagaimanapun sekadar mampu menyumbat gol saguhati menerusi Shazrol Izwan.

Sementara itu, juara musim lalu  DBKL HT meraih tempat ketiga selepas mengalahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kemenangan tipis 7-6.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini