Oleh Fariz Zolkarnain
KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing tersingkir seawal pusingan pertama di saingan Masters Malaysia 2023, sebentar tadi.
Berdepan pasangan Thailand, Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran, pasangan negara yang menduduki ranking ke-17 dunia itu memberikan tentangan sengit sebelum tewas 20-22, 20-22 dalam masa 44 minit.
Kekalahan itu juga menyaksikan Kian Meng-Pei Jing tewas buat kali ketiga dalam lima pertemuan menentang beregu campuran Thailand itu.
Untuk rekod, Kian Meng-Pei Jing merupakan juara beregu campuran di Masters Malaysia pada 2017.