comscore
Tumpuan :
Sukan

MAS dapat slot tambahan acara 3m papan anjal individu wanita

KUALA LUMPUR: Persekutuan Renang Malaysia (MAS) diberikan satu slot tambahan bagi acara 3 meter (m) papan anjal individu wanita oleh pihak Akuatik Dunia pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan berlangsung bulan depan.

MAS dalam kenyataan di laman Facebook rasminya hari ini mengesahkan perkhabaran positif tersebut, selain akan membuat pengumuman berhubung atlet yang bakal menggalas cabaran negara ke Paris itu dalam masa terdekat.

Sebelum ini, dua penerjun wanita negara Nur Dhabitah Sabri dan Wendy Ng Yan Yee yang menjadi sandaran bagi acara itu terlepas peluang untuk meraih slot secara merit ke Olimpik Paris apabila terkandas di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar pada Februari lepas.

Wendy bagaimanapun mengumumkan persaraannya pada April lepas, sekali gus menutup pintunya untuk membuat penampilan di Olimpik.

Keputusan yang diumumkan itu menyaksikan wakil tunggal terjun lelaki negara Bertrand Rhodict Lises tidak akan keseorangan bagi menggalas cabaran kem terjun negara ke temasya paling berprestij di dunia tersebut.

Sukan Olimpik Paris akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini